Memori Indah

Sempena bulan kemerdekaan dan menampakkan selama ini aku tidak pernah mem-blog dalam Bahasa Malaysia, maka, aku ingin mengambil peluang ini untuk ber-blog dalam Bahasa Malaysia.

Tetapi, mula-mula aku ingin memohon maaf jikalau terdapat kesalahan ejaan ataupun tatabahasa dalam post ini kerana tahap Bahasa Malaysia aku hanyalah terbantut di peringkat SPM. Maaflah, aku tidak mengambil subjek Bahasa Malaysia dalam STPM sungguhpun Pengajian Am itu dalam bahasa kebangsaan.

P/S: Gambar-gambar yang akan dipaparkan dalam post ini hanyalah dalam warna hitam/putih dan merah jambu sahaja =).

~*~

Dalam kehidupan harian kita, aku merasakan yang bahawa walau apapun yang kita lalui sepastinya mempunyai maksud di sebaliknya. Akan tetapi, sama ada kita memahami maksud tersebut pula adalah perkara yang lain.

Pernahkan anda semua duduk secara diam ataupun termenung dan tiba-tiba, anda terfikir tentang sesuatu perkara yang pernah terjadi pada anda and perkara itu seolah-olah tidak diselesaikan ataupun, tidak mempunyai penamat yang baik/sepatutnya?

Pernahkan anda, terfikir untuk menyelesaikan perkara tersebut dan memberikan sebuah [betul tak penjodoh bilangan ini?!] penamat yang baik untuk perkara tersebut?

Secara jujurnya, post ini, tidaklah ditujukan kepada sesiapa pun. Post ini sebenarnya diilhamkan oleh salah seorang rakan baik aku yang sering ber-emo!

~*~

Kadang-kala… Dalam kehidupan, apa yang kita harapkan adalah untuk disayangi dan diterima oleh orang di sekeliling kita. Tetapi, kita tidak boleh mengharapkan yang bahawa orang di sekeliling kita semuanya akan suka dan menerima kita sebagai diri kita sendiri.

Ada kalanya, kita jatuh cinta tetapi kita tahu yang bahawa, cinta itu tidaklah akan mempunyai kesudahan yang bagus ataupun cinta itu akan berpanjangan dan pada kebanyakan masa, kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa yang akan datang sebab keesokan hari itu adalah sebuah hadiah misteri [Tomorrow’s a gift! =)] daripada Tuhan.

Kadang-kala, kita tidak perlulah mengharapkan apa-apa daripada orang yang tidak tahu menghargai kasih sayang ataupun masa [masa itu emas tau!] yang kita telahpun curahkan di atas diri mereka itu. Bagi aku, berapa banyak yang telah aku berikan itu tidak penting tetapi, impaknya ke atas orang tersebut adalah perkara yang paling penting =).

Aku boleh memberikan kau satu pelukan apabila kau sedih tetapi, sama ada kau menghargainya atau tidak, itu adalah perkara yang kedua… Kerana apa yang lebih penting ialah, kau berasa lebih lapang dan girang. Itulah impak yang kuhendak lihat =).

Ada kalanya, aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan supaya kau faham perasaan aku. Aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan supaya kau boleh lihat apa yang terjadi dari sudut aku. Sebenarnya aku hanyalah ingin menjadi salah seorang teman kau yang sering berada di sisimu semasa masa gembira dan sedihmu.

Wajarkah aku diberikan satu peluang untuk berada di sisimu walaupun seketika? Wajarkan aku diberikan satu peluang untuk disayangi dan dicintai olehmu walaupun sementara?

Perkara ini telahpun banyak menganggu fikiran aku pada suatu masa dahulu, tetapi kini, aku tidak lagi berfikir demikian. Kini, aku telahpun bebas daripada diganggu oleh emosi-emosi yang mencelarukan fikiran dan kehidupanku. Kini, aku bagaikan seekor burung yang terbang bebas di langit biru.

Tetapi, mengapa apabila aku terjumpa kau semula, aku menyesal kerana tidak diberikan satu peluang untuk menyayangi dan mengasihi diri kau? Mengapa hati aku seperti dirobak-robak apabila aku berasa bodoh kerana tidak meluahkan isi hatiku kepadamu? Mengapakan aku tidak memecut apabila lampu isyarat menyala hijau?

Mengapakah aku ini… membatu sangat? Adakah ini takdir Tuhan? Adakah ini… hanyalah lumrah kehidupan yang penuh dengan duri?

Di dalam dunia ini, aku tahu, tidak wajar pun aku membunuh diri demi sesiapa pun.

Kerana orang yang aku ingin mereka tahu betapa sedih dan pedihnya hati aku, hanyalah akan terus melupakan aku setelah sehari ataupun seminggu aku meninggalkan alam ini.

Tetapi, orang yang aku tidak mahu mereka tahu betapa sedih dan pedihnya hati aku, hanyalah akan terus dihantui dengan perasaan sedih, pedih dan bersalah atas pemergian aku di alam ini untuk ke alam yang lain.

Apalah yang harus aku lakukan?

Keadaanku bagaikan lagu Terlanjur Cinta [Oleh Rossa dan Pasha], yea betul,

Mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku?

Dan apa yang kugenggam, tidak mudah untukku lepaskan =).

Akan tetapi, adakah ini semua… sebuah memori yang indah untuk diri kau dan aku?

~*~

Woo! Berjaya juga post pertama aku dalam Bahasa Malaysia! Berilah komen yea, biar yang positif ataupun yang negatif dan maaflah kerana perbendaharaan kata aku sememangnya terhad [Edisi terhad hahaha!]!!

Okay, okay, aku rasa lebih baik aku explain sekali lagi, post ini takde kena-mengena dengan sesiapa pun okay?!

INGATAN: Post ini diilhamkan oleh seorang rakan baik aku =).

Advertisements

17 responses to “Memori Indah

  1. what a touching post. N where did you get those photos ?

  2. why la this post so emo one? haha! and well, bm pun boleh la kau.. hahaha!

  3. Wei: haha! thank you! 😀

    Pikachu: inspired by my emo friend =P haha! but im not emo!! 😀 bm also ok kan! haha! 😀

  4. Hmm…sesungguhnya emo post ini.

    Bunuh diri adalah untuk orang yang mementingkan diri sendiri dan telah mengaku kalah terhadap kehidupan.
    Bunuh diri adalah untuk orang yang tidak memikirkan perasaan orang lain kerana yang akan terseksa adalah orang yang ditinggalkan di dunia ini.
    Bunuh diri adalah perlakuan yang lebih rendah dan kurang mulia dari pengemis, penagih dadah dan mungkin perogol sekali pun.

    *kertawa terbahak-bahak*

  5. eh org emo wont put deir pic like dat 1 la.. ish tiada kesenian ber-emo :P.. ya its so terhad dat wen i was at d 2nd paragraph onwards i feel 60% sleepier den wen b4 i open ur blog… plz by all means, either brush up ur bm or dun put another 1 animore.. hehehe XD

  6. Ee Jane: aku setuju 1000% dengan penyataan kamu! *high 5*

    Helen: haih =( habislah my pengajian am this time habislah !! =( haha, no la, this will be the one and only BM post for the year!! got somemore ah, i’ll faint myself [cannot think of the word la sometimes =S]

  7. I WONDER! how long u type out dis thing? got take out ur dictionary or not one? it’s lik direct translation from BI-BM…
    haha! inspired by de emo-est person ever.. can beat him la! nice photos, wrong pose…

  8. Wei Qi: 30 minutes only!! haha! 😀 no dictionary la unless you count my sisters to be one =P [asked them about words that i’ve forgotten =p haha! :D]

  9. syabas! hahaha! really very emo la his post..

  10. bm you adalah sangat buruk..
    agree with helen -.-!!!

  11. wa seh! patriotik sungguh ni!!

  12. post engkau nihh.. sungguh beremosi.. namun begitu, gambar sungguh seksi la.. merah jambu =D

  13. Yes yes, 1000% and not 0.1% less, aku hebat!! XD

  14. Ching Yin: haha! 😀 emo-ness = berjaya dalam post ini =P

    Kean Jie: i know =( T.T

    Brian: biasalah, you kenalah tengok siapa tau hahaha! 😀

    Carson: terima kasih terima kasih! merah jambu memang seksi! 😀 i tau you suka 😀

    Ee Jane: yea betul tu!! 😀 *high 5*

    To ALL: Happy Merdeka!! 😀

  15. eyerrr!! suke gilerr!! ❤ =3

  16. Carson: of course you must suka!! hahaha! 😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s